Monday 21 May 2012

MooD *haPpY GaWai DaY*


Hye kawan-kawan semua.. apa khabar korang..?? Harap korang sihat dan ceria-ceria selalu.. semoga hari ini akan memberi keberkatan buat kita semua... amin. Coretan saya pada kali ini lebih kepada perayaan yang terdapat di Sarawak iaitu perayaan ''HARI GAWAI''. Harap coretan saya kali ini akan memberi maklumat serba-sedikit kepada kalian semua dan kita kongsi bersama-sama ya.

Gambar pelbagai kaum di Sarawak yang turut meraikan sambutan perayaan masing-masing.

Pejam celik, pejam celik sudah pun hampir 4 bulan 21 hari kita berada dalam tahun 2012.. maknanya dah nak hampir penghujung bulan 5... (mood hari gawai tetiba melanda) mana taknya bila keluarga tefon mereka tak habis-habis bertanya bila mahu balik rumah.. saya apa lagi tidak tau nak jawab apa.. maklumlah sekarang ni keadaan macam agak sibuk.. banyak kerja yang harus disiapkan terutama sekarang ni nak dekat-dekat final exam.. Terasa begitu runsing sekali bila memikirkan semua ini.. sebab selama ini saya tidak pernah tidak meraikan sambutan Hari Gawai dengan keluarga dan juga penduduk kampung.. Harap kali ini saya akan dapat balik dan turut sama meraikan hari Gawai bersama-sama orang tersayang.. nenek(ini'), mak(ami), ayah(apa), adik dan abang2 saya.. untuk arwah atuk dan auncle saya semoga diberkati di sana.. atuk saya rindu kamu sangat-sangat.. harap akan sentiasa memerhatikan saya disini. saya tak akan lupa pesanan kamu.. doakan saya semoga berjaya dalam hidup.. (sedih tetiba)

Gambar ni pula menunjukkan penduduk kampung tengah berkumpul turut meraikan sambutan Gawai (ruang inilah yang dinamakan ''Ruai" tu kawan2)

Sorry kawan-kawan saya terbawa-bawa pula dengan mood sedih.. ok la kita mulakan cerita pasal perayaan Hari Gawai ni.. Hari Gawai ni merupakan salah satu perayaan yang di sambut di Sarawak terutama sekali oleh kaum Iban.. iaitu disambut pada 1 haribulan jun setiap tahun.. Tapi kebiasaanya bermula pada 31 mei iaitu upacara perasmiannya diadakan pada tengah malam di mana semua penduduk kampung berkumpul di sebuah ruang yang dinamakan (ruai) dalam istilah bahasa saya. Upacara perasmiannya dimulakan dengan ucapan doa dari orang-orang tua(iaitu orang yang lebih arif dan penuh dengan pengalaman) dan diikuti upacara minum air Tuak.

Gambar ni pula saya tidak berapa pasti aktiviti apa. Tapi yang ternyata ada alat-alat muzik tradisional tu. Mungkin ''upacara Miring'' kali, sebab sebelum upacara Miring diadakan alat muzik akan dimainkan tapi rentak bunyi muzik tidak boleh di mainkan sesuka hati( ikut kata orang tua) kalau dimainkan sesuka hati dan tersalah ada malapetaka akan menimpa

Untuk maklumat kawan2 semua, perayaan Hari Gawai ini umpama sambutan Tahun Baru bagi kaum Iban.. sama juga dengan kaum Cina yang meraikan Tahun Baru Cina.. Sambutan Hari Gawai ini di harap akan memberi lebih keberkatan untuk semua penduduk kampung.. Contohnya yang tua dipanjangkan usia, yang muda semoga berjaya dalam hidup, yang belum ada pasangan di harap akan menemui pasangannya juga.. nah lebih kurang begitu la ucapan doa dia.. hehee..

  
Gambar ni kalau tak salah upacara memotong "Ranyai" yang ada daun pisang tu.. biasanya dilakukan pada sebelah pagi 1 hb Jun..

Kawan-kawan untuk lebih paham tengoklah gambar-gambar yang saya cedok dari Pakcik Google ya.. 

Kawan-kawan yang ini pula upacara penutupan sambutan hari Gawai. Di panggil sebagai upacara '' Ngiling Tikai" iaitu tikai tu maksudnya tikar.


p/s : SELAMAT HARI GAWAI DAYAK GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENUA

UuuHHhAaaaaaaaa......


1 comment:

  1. momo...
    selamat myambut hari Gawai Dayak 2012...
    thun ni mesti blik xkira ape pun jua...saya nk balik...xsabar rase nye...nk jmpa mak yg tsayang..adik dan kuarga yg lain...rindu sgt2.

    ReplyDelete

AwAs! AnDa SeDAnG DipErHaTiKaN. .FiKiR DuLu SEbeLUm bErTiNDAk. .