Tuesday 11 September 2012

warkah khas buat seorang sahabat

Salam kepada semua pembaca.... harap kalian semua sihat2 dan ceria selalu hendaknya. Tetapi sebelum itu mohon maaf kepada semua pembaca blog, sebab agak lama sudah tidak update. Kalau tak silap tiga bulan lebih sudah blog ni di tinggalkan begitu sahaja, sepi tanpa berita. Sepanjang tempoh ni terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan saya dan tak terlintas langsung pun dalam fikiran saya sesuatu itu akan terjadi.

Korang semua pernah tak merasa berada dalam situasi begini...
 "sesuatu itu hanya dapat dirasa, tetapi tak dapat nak diluahkan dengan kata2" 
iaitu sesuatu peristiwa yang begitu perit sekali dan sukar untuk dilalui contohnya :

 1. gagal dalam exam
2. kehilangan insan yang kita sayang

situasi pertama membuatkan kita rasa sakit tapi boleh diperbaiki yang penting kena usaha, usaha, dan usaha... bak kata pepatah "usaha itu tangga kejayaan" sementara situasi kedua pula sangat2 menyakitkan dan majoriti mengatakan semua itu adalah ketentuan takdir. Benarkah begitu???

tanggal 20 Julai yang lalu insan yang sangat2 saya sayang telah pergi buat selama2nya iaitu kawan baik saya. Kehilangan dia memang menyakitkan. kata orang dalam sesetengah situasi patah tumbuh hilang berganti.... tapi bagi saya dia tiada gantinya... kerana dialah satu2nya sahabat baik tempat berkongsi suka dan duka. 


A   :   Awak rasa kita kawan sampai bila ?
B   :   Sampai saya mati...
A   :   Kenapa awak cakap macam tu ?
B   :   Sebab saya sayang awak
A   :   Awak rasa jarak masa kita berkawan berapa lama ?
B   :   5 minit lagi...
A   :  Si  A terdiam lalu bertanya lagi...  Apa yang awak cakap ni ? 5 minit ? kata sampai mati ?


Lalu si B hanya tersenyum. Selepas 5 minit, si B melintas jalan dan dilanggar kereta tapi si A gagal menyelamatkan si B. Benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya. Lalu si B berkata:

             B   :   Saya tepati janji saya. Kita berkawan sampai saya mati.

Si B lalu tersenyum gembira.  Akhirnya si B menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan si A.. si A hanya mampu menangis. Pengajaran dari cerita ini ialah hargailah kawan-kawan yang kita sayang, kerana mereka tidak akan kekal lama disisi kita. 



Pernah tak korang mengalami situasi seperti ini?
kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini mungkin korang faham tetapi bagi yang tak pernah mengalaminya saya doakan yang terbaik buat kalian semua.

p/s : cerita diatas adalah salah satu mesej yang pernah dia hantar kepada saya beberapa bulan sebelum dia meninggal
dan masih saya simpan sampai sekarang.