Tuesday 13 November 2012

Moto Hidup - Lao Tse


 Keramahtamahan dalam PERKATAAN menciptakan KEYAKINAN,

setiap manusia itu berbeza-beza perilakunya.. jadi tidak mustahil dalam setiap perkataan yang dituturkan pasti terselit makna yang tersendiri.. pendek kata setiap perkataan yang diungkapkan akan mencerminkan peribadi seseorang itu.. jadi awas ya dengan setiap tutur kata yang dikeluarkan.. jangan kerana mulut badan binasa.

Keramahtamahan dalam PEMIKIRAN menciptakan KEDAMAIAN,

pemikiran yang bersih datang daripada hati nurani yang suci.. ingat ya kawan2 walau sakit manapun hati korang terhadap sesuatu perkara kena banyakkan muhasabah diri ya.. kerana muhasabah diri adalah satu-satunya jalan menuju kedamaian.

Keramahtamahan dalam MEMBERI menciptakan 
KASIH.

dalam kehidupan kita, konsep memberi dan menerima itu adalah satu kewajipan.. kita ambil contoh terdekat ya jika hari ini kita membantu orang dalam kesusahan(memberi) mana tau esok, lusa dan seterusnya orang itu akan menghulurkan bantuan disaat kita berada dalam kesusahan(menerima). ingat ya dalam kehidupan, kita tidak selalunya akan berada di atas kerana hidup ini umpama roda yang akan sentiasa berputar.

-Lao Tse