Tuesday 27 December 2011

PeRaLiHan . .


---> hiasan semata-mata

Ingatlah bahawa setiap peluang yang kita dapat harus digunakan dengan sebaik mungkin dan jangan disia-siakan.Kerana peluang yang kita dapat mungkin datang hanya sekali untuk seumur hidup.Apabila merasa resah dan gelisah ingatlah orang yang menaruh harapan terhadap kita.Paling penting amalkan gaya hidup seperti yang terdapat dalam nilai moral.

chaiyok2x !!!

Thursday 15 December 2011

pErAsAaN ?? TaNya saMa HAti..



Apa itu perasaan??? Jom kita renung sama-sama.Ermm,dah selesai  fikir ke tu??Saya percaya kamu semua arif tentang makna perkataan ini bukan.. kalau pon kamu kurang pasti kamu tanya pada hati... Kerana hati sama sekali tidak akan menipu bukan.

Ok sekarang kita kaji apa itu perasaan.Perasaan merupakan cara kita berkomunikasi pada diri sendiri,membincangkan perasaan mungkin agak sedikit rumit kerana ini berkait dengan hal abstrak yang tidak boleh nampak secara jelas.Tapi apa yang kita boleh nampak adalah sikap dari perasaan itu sendiri.

Walau bagaimanapun perasaan adalah tenaga yang memberi kita kekuatan untuk bertindak.Seringkali kita sendiri tidak memahami perasaan kita sendiri,padahal parasaan perlu difahami dan diterima.Setiap orang bertanggungjawab atas perasaannya sendiri,ini kerana kita tidak boleh memaksa atau melarang orang untuk merasakan atau tidak merasakan sesuatu perasaan.Selain itu parasaan juga tidak boleh dihilangkan namun boleh diubah dengan cara-cara tertentu.

Contohnya bagaimana perasaan yang negatif boleh menjadi perilaku positif,ataupun sebaliknya.Marah,sedih dan takut boleh kita rasakan sebagai perasaan negatif kerana ada persepsi rasa tidak aman.terancam.terluka,dirugikan,ditinggalkan dan lain-lain.Sementara perasaan cinta dan gembira  kita rasakan sebagai perasaan positif kerana ada persepsi rasa aman,diperlukan dan dipenuhi.