Sunday, 13 January 2013


KESEMPURNAAN

Soalan yang slalu berada dalam kotak pemikiran kita :

Adakah semua orang sempurna?
Adakah saya sempurna?
Kenapa saya tidak cantik macam orang lain?
Kenapa saya tidak pandai macam orang lain?

 KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA?

Jawapannya ada dalam diri kita sendiri :

belajar untuk menerima diri sendiri seadanya

EVERYBODY IS PERFECT

Paling penting ialah :


~ think positive ~

Friday, 11 January 2013


Before late

HAPPY NEW YEAR

semoga tahun baru 2013 ini 
akan memberi keberkatan kepada kita semua.

TIADA INSAN SUCI YANG TIDAK PUNYA MASA LAMPAU
DAN
TIADA INSAN BERDOSA YANG TIDAK PUNYA MASA DEPAN

Pada pandangan saya
 kata-kata ini mengingatkan kita supaya jangan menjatuhkan hukuman
 kepada seseorang berdasarkan apa yang pernah dia lakukan.

INGATLAH

Tiada apa yang kebetulan di dunia ini, semuanya sudah ditentukan.
marilah kita bersama-sama mulakan tahun baru ini dengan lembaran yang baru.

SEMOGA SEMUANYA AKAN
INDAH PADA WAKTUNYA

AMIN

p/s kata-kata ini dipetik dari drama tv3 "setia hujung nyawa"

Tuesday, 13 November 2012

Moto Hidup - Lao Tse


 Keramahtamahan dalam PERKATAAN menciptakan KEYAKINAN,

setiap manusia itu berbeza-beza perilakunya.. jadi tidak mustahil dalam setiap perkataan yang dituturkan pasti terselit makna yang tersendiri.. pendek kata setiap perkataan yang diungkapkan akan mencerminkan peribadi seseorang itu.. jadi awas ya dengan setiap tutur kata yang dikeluarkan.. jangan kerana mulut badan binasa.

Keramahtamahan dalam PEMIKIRAN menciptakan KEDAMAIAN,

pemikiran yang bersih datang daripada hati nurani yang suci.. ingat ya kawan2 walau sakit manapun hati korang terhadap sesuatu perkara kena banyakkan muhasabah diri ya.. kerana muhasabah diri adalah satu-satunya jalan menuju kedamaian.

Keramahtamahan dalam MEMBERI menciptakan 
KASIH.

dalam kehidupan kita, konsep memberi dan menerima itu adalah satu kewajipan.. kita ambil contoh terdekat ya jika hari ini kita membantu orang dalam kesusahan(memberi) mana tau esok, lusa dan seterusnya orang itu akan menghulurkan bantuan disaat kita berada dalam kesusahan(menerima). ingat ya dalam kehidupan, kita tidak selalunya akan berada di atas kerana hidup ini umpama roda yang akan sentiasa berputar.

-Lao Tse


Tuesday, 23 October 2012

How Can We Make Our Life 100%

hye all.... let's start our day with smile =)

               What do you think.... are u  ready for everything happen in your life..??? so let come with me... i want to show u all how can make our life 100%....

                WOkeh..... Jom sy tunjukkan korang bagaimana cara untuk membuat kehidupan korang 100%. Senang je beb... cuba korang tengok bawah ne --->

A B C  ----> Z
bersamaan dengan
1 2 3 ----> 26
                 
              Kwn2 kat sini kita cuma perlu buat pengiraan je ehh... jangan runsing-runsing... mari sy tunjukkan korang bagaimana cara untuk mengira...

L O V E
 what is the love???
kasih sayang right.. sesama manusia, Pencipta manusia dll
Jawapannya adalah...
12+15+22+5 = 54%
jadi, ini bukanlah segala2nya untuk menjadikan kehidupan kita 100%

wokeh kawan2, jom kita kaji sekali lagi...
bagaimana pula dengan yang ini,


A T T I T U D E
Apakah itu attitude???
sikap right.. nak tau lebih lanjut tentang sikap korang klik Link kat bawah ne ehh..

http://www.duniapsikologi.com/sikap-pengertian-definisi-dan-faktor-yang-mempengaruhi/

Jawapannya adalah...
1+ 20+ 20+ 9+ 20+ 21+ 4+ 5 = 100%
Jadi pandai2 la membuat penilaian sendiri ye..

saya sekadar berkongsi maklumat dengan korang
yang baik itu datang daripadaNya dan yang buruk itu datang daripada diri kita
Renung-renungkan dan selamat beramal

 ~ Thank for my Lecturer 4 sharing this info ~

Sunday, 14 October 2012

'' GEDIK "

Hye... 
Selamat sejahtera buat pembaca semua.. Apa khabar korang semua? Semoga korang sihat2, cantik2, dan handsome2 selalu eh..bak kata Boboiboy terbaik!.

GEDIK! GEDIK! GEDIK!

Korang semua tau kan makna perkataan ni.. wokeh la Kita truskan dengan point utama la eh "Gedik". Slalunye istilah gedik ne dikaitkan dengan kaum hawa saje kan... tapi sekarang dah terbalik pulak... Kaum adam@lelaki sekarang pon pandai menggedik jugak...opss jangan salah faham eh. Maksud aku lelaki gedik kat sini bukan la yang lembut gitu2@auw2 ya... nak yang lebih tepat lagi kita guna je ayat ne (bila ulat bulu dah naik daun) kalah kaum hawa... adoyaiiii ape nak jadi la ngan manusia sekarang ne ek??? dunia2.. tension betul bila berdepan dengan orang2 sebegini.. Jom kita lihat dari dua sudut pandangan yang berbeza :

Dari sudut pandangan lelaki : Kalau lelaki lihat perempuan gedik
         ----> penggoda

Dari sudut pandangan perempuan : kalau lihat lelaki gedik
         ----> gatal, miang

Pendekkan lagi cerita pernah satu kali tu time aku n kawan2 nak pergi beli makanan kat cafe.. time nak order makanan n air lelaki2 kat kaunter tu la yang mgedik ____ kuang ajaq. Panjangkan lagi cerita bila aku update status kat facebook ''perlukah menggedik" pastu ada la sorang kawan tu bagi komen : dia kata perlu tapi harus bertempat.. jadi aku pikiq punya pikiq betul juga ape yang dia kata tu... harus bertempat.. begitu juga dengan kehidupan harian kita bila nak buat sesuatu itu biarlah berpada-pada.

Pengajarannya kat sini : Satu je, bila berdepan dengan orang2 yang gedik ne xyah nak layan sebab bila dilayan semakin menjadi2 la perangai dorang tu. bak kata orang ----> bila ulat bulu dah naik daun.


Tuesday, 11 September 2012

warkah khas buat seorang sahabat

Salam kepada semua pembaca.... harap kalian semua sihat2 dan ceria selalu hendaknya. Tetapi sebelum itu mohon maaf kepada semua pembaca blog, sebab agak lama sudah tidak update. Kalau tak silap tiga bulan lebih sudah blog ni di tinggalkan begitu sahaja, sepi tanpa berita. Sepanjang tempoh ni terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan saya dan tak terlintas langsung pun dalam fikiran saya sesuatu itu akan terjadi.

Korang semua pernah tak merasa berada dalam situasi begini...
 "sesuatu itu hanya dapat dirasa, tetapi tak dapat nak diluahkan dengan kata2" 
iaitu sesuatu peristiwa yang begitu perit sekali dan sukar untuk dilalui contohnya :

 1. gagal dalam exam
2. kehilangan insan yang kita sayang

situasi pertama membuatkan kita rasa sakit tapi boleh diperbaiki yang penting kena usaha, usaha, dan usaha... bak kata pepatah "usaha itu tangga kejayaan" sementara situasi kedua pula sangat2 menyakitkan dan majoriti mengatakan semua itu adalah ketentuan takdir. Benarkah begitu???

tanggal 20 Julai yang lalu insan yang sangat2 saya sayang telah pergi buat selama2nya iaitu kawan baik saya. Kehilangan dia memang menyakitkan. kata orang dalam sesetengah situasi patah tumbuh hilang berganti.... tapi bagi saya dia tiada gantinya... kerana dialah satu2nya sahabat baik tempat berkongsi suka dan duka. 


A   :   Awak rasa kita kawan sampai bila ?
B   :   Sampai saya mati...
A   :   Kenapa awak cakap macam tu ?
B   :   Sebab saya sayang awak
A   :   Awak rasa jarak masa kita berkawan berapa lama ?
B   :   5 minit lagi...
A   :  Si  A terdiam lalu bertanya lagi...  Apa yang awak cakap ni ? 5 minit ? kata sampai mati ?


Lalu si B hanya tersenyum. Selepas 5 minit, si B melintas jalan dan dilanggar kereta tapi si A gagal menyelamatkan si B. Benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya. Lalu si B berkata:

             B   :   Saya tepati janji saya. Kita berkawan sampai saya mati.

Si B lalu tersenyum gembira.  Akhirnya si B menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan si A.. si A hanya mampu menangis. Pengajaran dari cerita ini ialah hargailah kawan-kawan yang kita sayang, kerana mereka tidak akan kekal lama disisi kita. 



Pernah tak korang mengalami situasi seperti ini?
kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini mungkin korang faham tetapi bagi yang tak pernah mengalaminya saya doakan yang terbaik buat kalian semua.

p/s : cerita diatas adalah salah satu mesej yang pernah dia hantar kepada saya beberapa bulan sebelum dia meninggal
dan masih saya simpan sampai sekarang.

Tuesday, 29 May 2012

arghhhhh ko punya pasal laa ne !!!



Sory la geng ... ari ni betul2 rasa bosan.. xtau nak buat ape ... asyik tergulik sana, tergulik sini je koja den ari ni.. mak~aiiiiiiii bahaso apo den guno ne.. tetibo jo* haishh lantak arhh bahasa apo den nak guno ari ni.. tersaloh kooottt bahaso den ni.. hehee...( tengok sekali macam gaya ala2 owg semenanjung yang sesat kottt...) xtau tah bahaso negori mano den guno ne... hehehe  > _ <





 Kalau korang nak tau korang tengok la gambar yang den ambik dari makcikkk google ne, lebih kurang macam gambo ni la kojo yang den buat ari ne... amacam??? melampau sangat kan... adoyaiiii... sengettttt !!! TIDURRR, FACEBOOK & MUSIC yang lebih.



Alaa.. pasti korang yang ternampak blog saya ni akan kata macam dua orang mamat kat atas ni kan..??? Tapi tak apa laa... dah memang betul.. merapunye lebih...

p/s jangan tiru macam ni ye~buang masa (yang baik jadikan teladan, yang xbaik jadikan sempadan)