Tuesday, 22 May 2012

FaVOuriTe AniMaL ...


Ceng jeng-jeng.... surprise....... kawan-kawan ni la binatang kegemaran saya.. Dari dulu sampai sekarang, saya memang suka dia ni... kalau korang kata tak comey, saya tetap akan kata dia comey.. hehee. Saya percaya korang pasti ada binatang kesukaan masing-masing kan? Mungkin ada yang suka kucing, anjing, arnab, hamster dan banyak lagi.. tapi kalau korang suka dia ni maknanye kita ada jodoh kan (serasi bersama).. atau kebetulan hehee  > _ <  nanti boleh la share gambar comey dia.


Gambar ni saya ambil dari Pakcik Google ( siap edit agi)


Haa... Kawan2 ne la dia gambar sebenar kura2 comey saya


          Tip Penjagaan
  • Tukar air setiap hari (supaya bersih selalu)
  • Bersihkan cengkerang dia (guna berus yang sederhana lembut) 
  • Beri makanan secukupnya (skala sederhana)
          
          Makanan
  • Baja kura-kura (ada di jual kat kedai) 
  • Ikan bilis kecil@ikan pusu (kura-kura saya special sikit)

p/s Macam mana kawan-kawan..? Senang kan... hehee.


Monday, 21 May 2012

MooD *haPpY GaWai DaY*


Hye kawan-kawan semua.. apa khabar korang..?? Harap korang sihat dan ceria-ceria selalu.. semoga hari ini akan memberi keberkatan buat kita semua... amin. Coretan saya pada kali ini lebih kepada perayaan yang terdapat di Sarawak iaitu perayaan ''HARI GAWAI''. Harap coretan saya kali ini akan memberi maklumat serba-sedikit kepada kalian semua dan kita kongsi bersama-sama ya.

Gambar pelbagai kaum di Sarawak yang turut meraikan sambutan perayaan masing-masing.

Pejam celik, pejam celik sudah pun hampir 4 bulan 21 hari kita berada dalam tahun 2012.. maknanya dah nak hampir penghujung bulan 5... (mood hari gawai tetiba melanda) mana taknya bila keluarga tefon mereka tak habis-habis bertanya bila mahu balik rumah.. saya apa lagi tidak tau nak jawab apa.. maklumlah sekarang ni keadaan macam agak sibuk.. banyak kerja yang harus disiapkan terutama sekarang ni nak dekat-dekat final exam.. Terasa begitu runsing sekali bila memikirkan semua ini.. sebab selama ini saya tidak pernah tidak meraikan sambutan Hari Gawai dengan keluarga dan juga penduduk kampung.. Harap kali ini saya akan dapat balik dan turut sama meraikan hari Gawai bersama-sama orang tersayang.. nenek(ini'), mak(ami), ayah(apa), adik dan abang2 saya.. untuk arwah atuk dan auncle saya semoga diberkati di sana.. atuk saya rindu kamu sangat-sangat.. harap akan sentiasa memerhatikan saya disini. saya tak akan lupa pesanan kamu.. doakan saya semoga berjaya dalam hidup.. (sedih tetiba)

Gambar ni pula menunjukkan penduduk kampung tengah berkumpul turut meraikan sambutan Gawai (ruang inilah yang dinamakan ''Ruai" tu kawan2)

Sorry kawan-kawan saya terbawa-bawa pula dengan mood sedih.. ok la kita mulakan cerita pasal perayaan Hari Gawai ni.. Hari Gawai ni merupakan salah satu perayaan yang di sambut di Sarawak terutama sekali oleh kaum Iban.. iaitu disambut pada 1 haribulan jun setiap tahun.. Tapi kebiasaanya bermula pada 31 mei iaitu upacara perasmiannya diadakan pada tengah malam di mana semua penduduk kampung berkumpul di sebuah ruang yang dinamakan (ruai) dalam istilah bahasa saya. Upacara perasmiannya dimulakan dengan ucapan doa dari orang-orang tua(iaitu orang yang lebih arif dan penuh dengan pengalaman) dan diikuti upacara minum air Tuak.

Gambar ni pula saya tidak berapa pasti aktiviti apa. Tapi yang ternyata ada alat-alat muzik tradisional tu. Mungkin ''upacara Miring'' kali, sebab sebelum upacara Miring diadakan alat muzik akan dimainkan tapi rentak bunyi muzik tidak boleh di mainkan sesuka hati( ikut kata orang tua) kalau dimainkan sesuka hati dan tersalah ada malapetaka akan menimpa

Untuk maklumat kawan2 semua, perayaan Hari Gawai ini umpama sambutan Tahun Baru bagi kaum Iban.. sama juga dengan kaum Cina yang meraikan Tahun Baru Cina.. Sambutan Hari Gawai ini di harap akan memberi lebih keberkatan untuk semua penduduk kampung.. Contohnya yang tua dipanjangkan usia, yang muda semoga berjaya dalam hidup, yang belum ada pasangan di harap akan menemui pasangannya juga.. nah lebih kurang begitu la ucapan doa dia.. hehee..

  
Gambar ni kalau tak salah upacara memotong "Ranyai" yang ada daun pisang tu.. biasanya dilakukan pada sebelah pagi 1 hb Jun..

Kawan-kawan untuk lebih paham tengoklah gambar-gambar yang saya cedok dari Pakcik Google ya.. 

Kawan-kawan yang ini pula upacara penutupan sambutan hari Gawai. Di panggil sebagai upacara '' Ngiling Tikai" iaitu tikai tu maksudnya tikar.


p/s : SELAMAT HARI GAWAI DAYAK GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENUA

UuuHHhAaaaaaaaa......


Friday, 17 February 2012

aZam BaRu dGn SeManGaT bArU


Setiap perkara yang kita mulakan haruslah ada pengakhiran.. begitu juga dengan kehidupan kita.Ada masanya kita berada dibawah dan ada kalanya kita berada diatas.. Tapi yang paling penting jangan pernah berhenti dari terus berusaha,kerana ''Usaha Itu Adalah Tangga Kejayan''

Kegagalan yang kita alami tidak akan kekal selamanya jika kita tidak serik untuk terus cuba,mencuba, dan mencuba.Yang penting anggaplah kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk menuju kejayaan.Bak kata orang kegagalan itu adalah langkah kejayan kerana tanpa adanya kegagalan tidak mungkin adanya kejayaan.

PENTING UNTUK KITA USAHA,USAHA DAN USAHA
PASTI KEJAYAAN ITU JADI MILIK KITA

Amin.


Wednesday, 4 January 2012

nEveR sAy goODbye.. 2o11


Selamat muncul untuk 2012.. saya mahu katakan hye.. hye.. hye... khas untuk kamu.Dan untuk 2011 saya nak katakan ''NEVER SAY GOODBYE''

2011 kamu amat bermakna buat saya.Terima kasih kerana memberikan saya pengalaman yang tidak terhingga. Ada rasa pahit, manis, masam, tawar dan banyak lagi.2011 saya sayang kamu. Saya akan ingat kamu selalu.2011 kamu dihati saya selamanya.


2011---> DiHaTiKu SeLaMaNyA

Eyh... lupa pula.. belum terlambat lagi untuk saya ucapkan walaupun agak lewat beberapa hari,hehee.Selamat Tahun Baru 2012 khas untuk korang semua.Harap tahun 2012 ini akan memberikan lebih lagi keberkatan dan kegembiraan untuk kita semua.Semoga azam tahun baru kita akan tercapai.

p/s.. ngericau/merapu


Tuesday, 27 December 2011

PeRaLiHan . .


---> hiasan semata-mata

Ingatlah bahawa setiap peluang yang kita dapat harus digunakan dengan sebaik mungkin dan jangan disia-siakan.Kerana peluang yang kita dapat mungkin datang hanya sekali untuk seumur hidup.Apabila merasa resah dan gelisah ingatlah orang yang menaruh harapan terhadap kita.Paling penting amalkan gaya hidup seperti yang terdapat dalam nilai moral.

chaiyok2x !!!

Thursday, 15 December 2011

pErAsAaN ?? TaNya saMa HAti..



Apa itu perasaan??? Jom kita renung sama-sama.Ermm,dah selesai  fikir ke tu??Saya percaya kamu semua arif tentang makna perkataan ini bukan.. kalau pon kamu kurang pasti kamu tanya pada hati... Kerana hati sama sekali tidak akan menipu bukan.

Ok sekarang kita kaji apa itu perasaan.Perasaan merupakan cara kita berkomunikasi pada diri sendiri,membincangkan perasaan mungkin agak sedikit rumit kerana ini berkait dengan hal abstrak yang tidak boleh nampak secara jelas.Tapi apa yang kita boleh nampak adalah sikap dari perasaan itu sendiri.

Walau bagaimanapun perasaan adalah tenaga yang memberi kita kekuatan untuk bertindak.Seringkali kita sendiri tidak memahami perasaan kita sendiri,padahal parasaan perlu difahami dan diterima.Setiap orang bertanggungjawab atas perasaannya sendiri,ini kerana kita tidak boleh memaksa atau melarang orang untuk merasakan atau tidak merasakan sesuatu perasaan.Selain itu parasaan juga tidak boleh dihilangkan namun boleh diubah dengan cara-cara tertentu.

Contohnya bagaimana perasaan yang negatif boleh menjadi perilaku positif,ataupun sebaliknya.Marah,sedih dan takut boleh kita rasakan sebagai perasaan negatif kerana ada persepsi rasa tidak aman.terancam.terluka,dirugikan,ditinggalkan dan lain-lain.Sementara perasaan cinta dan gembira  kita rasakan sebagai perasaan positif kerana ada persepsi rasa aman,diperlukan dan dipenuhi.